Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Wednesday, August 3, 2011

Halatuju kita seterusnya .. 1 KPTM 1 ISO ?


Buat masa ini setiap kolej KPTM mempunyai nombor kelulusan pensijilan ISO masing-masing yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM QAS. Ini membawa maksud jika ada 8 kolej maka akan ada 8 nombor pensijilan yang berbeza-beza.

Dalam konteks 1Malaysia 1 KPTM .. mungkin kah suatu hari nanti kita pun akan ikut jejak seperti UPM (gambar atas) di mana kita juga akan menggabungkan kesemua 8 sijil ISO kepada satu pensijilan sahaja ?

Bagi saya, itu lah langkah yang terbaiknya .. insyaAllah .. ;)