Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Thursday, October 20, 2011

SENARAI CADANGAN PELAJAR SESI 0711 (Julai 2011)

Saya baru sahaja habis menghadiri Mesy JK Aduan & Maklumbalas Pelanggan yang dipengerusikan oleh Tn Pgh sendiri. Berikut adalah maklumbalas n cadangan yang dibentang oleh Pn Hjh Noorliana Alias selaku s/usaha JK hasil daripada input yang diterima daripada pihak pelajar (Prg Dalaman) melalui Borang Soal Selidik Maklumbalas n Kepuasan Pelanggan untuk makluman n tindakan kita bersama :

1. Perbanyakkan parking dalam kawasan kolej
2. Majukan sukan untuk KPTM
3. Kawalan ketat di asrama kerana student lelaki & perempuan bebas
4. Perlu mesra pelanggan
5. Sediakan lebih banyak parking
6. Perlu tingkatkan bghn. kafeteria dan kemasukan dan rekod
7. Sediakan ATM dan wifi
8. Tambahkan tempat letak kereta kerana banyak kecurian kereta
9. Berikan perkhidmatan yang lebih bagus
10. Makanan kafe mestilah bertukar-tukar dan kena bersih, bosan makanan yang sama
11. Tingkatkan lagi sistem cms
12. Sediakan lebih banyak parking, bersih semua kelas
13. Memperbanyakkan lagi menu makanan di kolej
14. Harga makanan terlalu mahal

NOTE: the above comments are original (unedited) .. ;)

Tuesday, October 18, 2011

MKSP Bil.02/2011 on 17th Oct 2011

Mesyuarat Kajisemula Pengurusan (MKSP) I/2011 telah diadakan pada 4/7/11. Manakala MKSP II/2011 pula telah diadakan pada pagi semalam 17/10/11. Kini selesai sudah pembentangan dan endorsement penemuan n komen2 internal auditors serta tindakan yg di ambil (corrective n preventive) oleh auditee .. Harapan utama ialah semoga semua NCR n OFI dpt ditutup sebelum Surveillance Audit SIRIM pd 14-15/11 nanti ..

Fokus utama MKSP ialah untuk melihat supaya semua auditee telah isi penuh Borang Audit Susulan tentang PUNCA serta tindakan susulan dan PEMBETULAN yg BETUL-BETUL boleh dan mampu menutup NCR/OFI trsebut .. bukan skadar utk penuhi ruang kosong dalam borang sahaja.

Pegawai Dokumen telah memilih
24 Okt 2011 (Isnin) untuk mengadakan satu sesi perbincangan antara Pegawai Dokumen dengan Wakil2 Dokumen Jabatan/Unit. Sesi perbincangan ini dirasakan amat perlu rentetan dari penemuan2 Audit Dalaman KPTMBG baru2 ni yg mana banyak OFI dan NCR telah dikeluarkan dibawah Klausa 4.2.1, 4.2.3 dan 4.2.4. Klausa-klausa ini banyak berkait dengan KAWALAN dokumen dan rekod.

Kalau ikut Nota3 Klausa 4.2.1 ia mengat
akan bahawa 'pendokumenan boleh dalam apa2 bentuk atau jenis media' .. so in other words bahan2 yg kita letak dlm portal, website, blog, CD, thumbdrive etc pun dkira sbg dokumen .. yg mana ia mesti lah ada some sort of kawalan/control .. Cuma takat kawalan itu mungkin brbeza2 brgantung kpd kerumitan proses etc ..

Makin banyak mesyuarat makin banyak perkara2 yg nak kena buat .. ader jer menda2 yg boleh ditambah baik .. I guess this is what they meant by 'CONTINUAL improvements' .. wallah
u a'lam ;)

Wednesday, October 12, 2011

JK Pelaksana Amalan 5S

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan kolej telah melantik JK Pelaksana Amalan 5S peringkat KPTM Bangi seperti berikut :

NORDIN AHMAD - Pengerusi
HJ SAFIAN SAIDI - Timb Pengerusi
HJH NOORLIANA ALIAS - Penyelaras 5S
ROSIMA MUSA - JK Latihan
SYAFFUL ANUAR ABDUL - JK Pomosi
HAMIDI HARUN - Pengurus 5S Pentadbiran
ANNIS AB JALIL - Pengurus 5S Akademik
RUSLAN MUSA - Pengurus 5S HEP (Kediaman)
MOHD SHUKRI SIDIT - Pengurus 5S HEP (Kebajikan)
NORAZIZAN OMAR - Pengurus 5S Perpustakaan
NURULL HASNIDA MANSERI - Pengurus 5S UKR
MOHD MAZDHAN MOHD AMIN - Pengurus 5S IT
AZILAWATI WAN AHMAD - Pengurus 5S Kewangan
MOHD NAZIR MAT Yunoh - Wakil Unit Kualiti

Hasil Mesyuarat JK pada 6/10/11
1) telah memutuskan Hari JUMAAT di jadikan sebagai Hari 5S kita, yg mana unit/bhg boleh adakan aktiviti 5S d p'kat masing2 spt sorting barang2 lama & x perlu, susun menda2 atas meja, dalam laci etc .. tagging fail2 & items lain supaya mudah dicari & mcm2 lg lah yg difikirkan sesuai .. Mereka yg terlibat diberi kelonggaran utk pakai T-Shirt KPTM / pakaian kasual yg sesuai dengan kerja2 yg nak dibuat .. ;)

2) PENGURUS 5S yang dilantik hendak lah membuat perbincangan dgn semua ahli unit/bhg masing2 ttg perancangan, strategi n aktiviti masing2. Kemudian lantik lah Mak/Ayah angkat utk setiap lokasi spt toilets, ruang tamu, foyer, bilik stor, papan kenyataan etc yg berada di bawah jurisdiction masing2 .. Bincang n putuskan lah di peringkat jab/unit mengenai bidangtugas n fungsi Mak/Ayah Angkat nih supaya mereka jelas ttg t/jawab masing2 .. ;)

3) Maklumat lanjut serta info berkaitan Amalan 5S kita boleh diperolehi daripada portal yg diwujudkan khas spt berikut :

ftp://ftp.kptmbangiportal.net/
Username : staff@kptmbangiportal.net
Sila dptkan password daripada Pengurus 5S jabatan/unit masing2 .. ;)