Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Monday, January 16, 2012

Mesyuarat Penemuan Audit Pemantauan (SA1) SIRIM 2011

Alhamdulillah pada 11-12 Jan 2012 telah diadakan satu Mesyuarat Penemuan Audit Pemantauan (Surveillance Audit 1) SIRIM 2011.

Mesyuarat hasil inisiatif Bhg Jaminan Kualiti KPTM ini telah diadakan di Dewan LT2.1 KPTMKL. Ia melibatkan semua wakil2 kolej yg terdiri daripada WP, TWP, Ketua Audit Dalaman, TPA dan TPP kolej masing-masing.

Wakil2 kolej telah membentangkan penemuan2 serta tindakan yang diambil oleh pihak kolej dalam usaha untuk menutup NCR yg diperolehi ..

Selain daripada itu, mesy ini juga membincangkan pelarasan serta penambahbaikan ke atas Objektif Kualiti sedia ada.

Mesyuarat telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pengurus Bhg Jaminan Kualiti KPTM, Sdr Saifulkahar Shariff.