Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Tuesday, January 25, 2011

Ketua Unit Kualiti - passing the baton ...

Effective 15 Dec 2010 Sdr Hamidi Harun has taken over the task as Ketua Unit Kualiti KPTM Bangi, replacing Pn Hjh Zuraidah Muhidin.

We would like to say TQVM to Pn Hjh Zurai for an excellent job well done. And we wish all the very best to Sdr Hamidi to lead the Unit Kualiti & ISO 9001:2008 at KPTM Bangi !

Tuesday, January 18, 2011

Change of Guards - TQ Tn Hj Ghozali & welcome En Abd Azmi

Alhamdulillah, Jumaat 14 Jan 2011 merupakan satu lagi hari bersejarah bagi KPTM Bangi kerana kami telah menerima seorang Pengarah baru ia itu En Abdul Azmi Abdul Aziz bagi menggantikan Tn Hj Ghozali Lamijan yang telah bersara awal mulai 23 November 2010 yang lalu.

En Abd Azmi bukanlah orang baru dalam KPTM. Beliau mula berkhidmat dengan kita sejak era YPM tahun 1987 lagi, bermula sebagai Pensyarah Matematik di MCC Kuantan.

Pelbagai jawatan telah beliau pikul, dan yang paling tinggi ialah sebagai Timbalan Rektor Akademik di KPTM Kuala Lumpur. Jawatan beliau yang terakhir sebelum dilantik sbg Pengarah KPTM Bangi ialah sebagai Pengurus AS'AD di KPTM KL.

Kami seluruh warga KPTM Bangi mengalu-alukan kedatangan En Abdul Azmi ke KPTM Bangi. InsyaAllah KPTM Bangi akan terus lebih maju & gemilang bersama En Abd Azmi. We look forward working with you sir !