Alhamdulillah, Jumaat 14 Jan 2011 merupakan satu lagi hari bersejarah bagi KPTM Bangi kerana kami telah menerima seorang Pengarah baru ia itu En Abdul Azmi Abdul Aziz bagi menggantikan Tn Hj Ghozali Lamijan yang telah bersara awal mulai 23 November 2010 yang lalu.En Abd Azmi bukanlah orang baru dalam KPTM. Beliau mula berkhidmat dengan kita sejak era YPM tahun 1987 lagi, bermula sebagai Pensyarah Matematik di MCC Kuantan.
Pelbagai jawatan telah beliau pikul, dan yang paling tinggi ialah sebagai Timbalan Rektor Akademik di KPTM Kuala Lumpur. Jawatan beliau yang terakhir sebelum dilantik sbg Pengarah KPTM Bangi ialah sebagai Pengurus AS'AD di KPTM KL.
Kami seluruh warga KPTM Bangi mengalu-alukan kedatangan En Abdul Azmi ke KPTM Bangi. InsyaAllah KPTM Bangi akan terus lebih maju & gemilang bersama En Abd Azmi. We look forward working with you sir !
No comments:
Post a Comment