Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Sunday, February 26, 2012

Bengkel Audit Dalaman : 24-26 Feb 2012

Tarikh : 24-26 Feb 2012
Lokasi : L2 KPTM Bangi
Peserta : 46 orang staf, majoriti drp kalangan pensyarah yang dilantik sbg Juruaudit Dalam KPTM Bangi. Ada seorang 'peserta tumpang' dari KPTM BPahat - Pn Fadilah Mohamad Ishak.
Penceramah : Pn Siti Rahmah Ahmad, Auditor Kanan SIRIM Qas International ..

Barisan urusetia yg sgt setia menguruskan welfare para peserta kursus .. Ust Elmi Baharuddin (Ketua), Noor Shahida Nor Azmi, Azizah @Elys Tohid, Noorashidah Mohd Hairani, Rahila Abu Bakar n Mohd Sukry Ali Raus .. ;)

En Saifulkahar (Pengurus Bhg Jaminan Kualiti HQ) dan Sdr Shafian (Exec Bhg JKualiti HQ) juga hadir untuk memantau ..

Apa ROOT CAUSE nyer ek ? apa2 pun mesti rujuk kpd Klausa dulu .. ;) Klausa paling popular ialah 7.5.1 ... Plan n carry out ! And 8.2.3 ... Process !

"Kalau ada trend, boleh kasi NCR" ! Itu lah tips daripada Pn Siti Rahmah - penceramah dari SIRIM yg sgt berpengalaman .. very straight forward .. mudah difahami .. ;)

Seronok selepas buat Mock Audit .. sebab dpt apply Klausa SPK terus kpd situasi sebenar .. Tips auditing : pastikan Standards tu dibaca n fahami dulu. Pastu baru lah LISTEN n OBSERVE betul2 apa yg berlaku disekeliling .. ;)

Byk group work n case studies .. ala Problem-Based Learning (PBL) style .. ;) Overall, bengkel kali ini adalah antara yang terbaik pernah saya hadiri kerana ia banyak menekankan ...

1) pemahaman Klausa Standards 4, 5, 6, 7 & 8 dalam ISO 9001:2008.
2) kaedah pengauditan : sebelum, semasa dan selepas
3) mock audit - penulisan & pembentangan hasil audit .. very practical n sangat berkesan !

Terima kasih kepada Pn Siti dan Bhg Jaminan Kualiti (HQ) kerana mengadakan bengkel yang memang menjurus kepada KOMPETENSI ini .. Jazakallahu khairan kathiira .. ;)