6-10/6 Audit Dalaman I
26-30/9 Audit Dalaman II
Fokus audit kali ini adalah lebih kepada mengaudit PROSES & bukannya mengaudit PROSEDUR ! Para auditor nak tengok setakat mana proses kerja harian kita itu telah dilaksanakan mengikut apa yang kita nyatakan dalam ISO. Adakah kita ikut sepenuhnya atau kita hanya ikut sebahagiannya sahaja ?
Sebagai contoh, jika kita dah dokumenkan proses kita itu sebagai ABCD, maka kita buatlah ikut cara ABCD. Jangan sesekali buat cara BACD pulak. Tetapi sekiranya kita rasa bahawa cara BACD itu lebih baik & sesuai daripada ABCD yang asal, maka PO kenalah ubah prosedur itu menjadi BACD. Yang penting, setiap proses yang kita laksanakan itu mestilah sebagaimana yang kita dokumenkan ... Itu lah yang dimaksudkan oleh ISO : Saying what u do. Doing what u say !
Sayugia diingatkan juga bahawa setiap PO mesti membuat Analisis Data berkaitan proses/prosedur masing2, terutamanya jika ia melibatkan perkhidmatan oleh pembekal (outsourcing dsb).
Bandingkan data dengan Objektif Kualiti samada tercapai atau sebaliknya. Sekiranya objektif tidak tercapai, nyatakan sebab2 dan apakah langkah2 penambahbaikan yang perlu dan akan
diambil untuk membaiki keadaan serta memastikan masalah yang sama tidak berulang .. ;)