Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Thursday, June 23, 2011

PELAN AKTIVITI SEBELUM SURVEILLANCE AUDIT PADA 14-15 Nov 2011

6-10/6 Audit Dalaman I
4/7 MKSP I

Jul-Aug-Sep : Slot ini d reserve untuk Unit Kualiti mengadakan program pembudayaan ISO serta bengkel2 sesuai untuk PO kemaskini dokumen / prosedur & tindakan ke atas NCR/OFI/komen-komen yg dberikan oleh auditor terhadap prosedur sebelum ini. Semua ini perlu dibereskan sebelum bermulanya Audit Dalaman II.

26-30/9 Audit Dalaman II
17/10 MKSP II
14-15/11 Surveillance Audit I oleh SIRIM

Fokus audit kali ini adalah lebih kepada mengaudit PROSES & bukannya mengaudit PROSEDUR ! Para auditor nak tengok setakat mana proses kerja harian kita itu telah dilaksanakan mengikut apa yang kita nyatakan dalam ISO. Adakah kita ikut sepenuhnya atau kita hanya ikut sebahagiannya sahaja ?

Sebagai contoh, jika kita dah dokumenkan proses kita itu sebagai ABCD, maka kita buatlah ikut cara ABCD. Jangan sesekali buat cara BACD pulak. Tetapi sekiranya kita rasa bahawa cara BACD itu lebih baik & sesuai daripada ABCD yang asal, maka PO kenalah ubah prosedur itu menjadi BACD. Yang penting, setiap proses yang kita laksanakan itu mestilah sebagaimana yang kita dokumenkan ... Itu lah yang dimaksudkan oleh ISO : Saying what u do. Doing what u say !

Sayugia diingatkan juga bahawa setiap PO mesti membuat Analisis Data berkaitan proses/prosedur masing2, terutamanya jika ia melibatkan perkhidmatan oleh pembekal (outsourcing dsb).

Bandingkan data dengan Objektif Kualiti samada tercapai atau sebaliknya. Sekiranya objektif tidak tercapai, nyatakan sebab2 dan apakah langkah2 penambahbaikan yang perlu dan akan

diambil untuk membaiki keadaan serta memastikan masalah yang sama tidak berulang .. ;)


No comments:

Post a Comment