Lokasi : LT2.1 KTMKL
Penganjur : Bhg Jaminan Kualiti HQ.
Peserta : 36 orang dari setiap kolej KPTM.
Wakil KPTM Bangi : Hj Safian (WP), Pn Nurisyal (AD) & Pn Zuhrah (PD).
Moderator : En Abd Latif Ibrahim (konsultan ISO KPTM)
Semasa Audit Stage2 yang lepas, KPTM Bangi telah memperolehi 5 NCR & 6 OFI. Alhamdulillah kami telah berjaya menutup 5 NCR tersebut. Bengkel ini pula bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan tindakan ke atas OFI (opportunities for improvements).
Langkah ini adalah penting kerana sekiranya OFI ini tidak diambil tindakan, atau tindakan yang diambil tidak berkesan, besar kemungkinan OFI ini boleh bertukar kepada NCR apabila pihak SIRIM datang untuk Surveillance Audit pada Nov 2011 nanti.
Jadi untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, maka bengkel latihan ini diadakan sebagai inisiatif untuk berbincang bersama konsultan bagi memastikan langkah2 yang diambil oleh setiap kolej utk menutup OFI ini adalah sesuai & berkesan.
Selain itu, peserta bengkel juga diingatkan bahawa tanggungjawab selepas memperolehi Pensijilan ISO adalah lebih berat. Audit-audit susulan akan lebih terperinci. Setiap PO (process owner) mesti bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan setiap proses/prosedur berjalan dengan baik & lancar sepertimana yang didokumenkan.
Setiap PO kena pastikan mereka menyimpan supporting documents & bukti2 lain yang berkaitan dengan proses / prosedur yang mereka pegang. Ini termasuklah Akta2, Perjanjian, Jadual, Peraturan, Surat Arahan dalam bentuk bercetak seperti memo / email, minit2 mesyuarat dsbnya.
Penekanan hendaklah diberikan kepada proses menanggani Aduan Pelanggan. Tindakan sesuai mesti diambil segera ke atas setiap aduan yang diterima. Bengkel juga bersetuju untuk menukarkan nama Borang Ketidakpatuhan (NCR) kepada Borang "Projek Penambahbaikan Kualiti" yang bunyinya lebih positif ... Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment