Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Tuesday, October 18, 2011

MKSP Bil.02/2011 on 17th Oct 2011

Mesyuarat Kajisemula Pengurusan (MKSP) I/2011 telah diadakan pada 4/7/11. Manakala MKSP II/2011 pula telah diadakan pada pagi semalam 17/10/11. Kini selesai sudah pembentangan dan endorsement penemuan n komen2 internal auditors serta tindakan yg di ambil (corrective n preventive) oleh auditee .. Harapan utama ialah semoga semua NCR n OFI dpt ditutup sebelum Surveillance Audit SIRIM pd 14-15/11 nanti ..

Fokus utama MKSP ialah untuk melihat supaya semua auditee telah isi penuh Borang Audit Susulan tentang PUNCA serta tindakan susulan dan PEMBETULAN yg BETUL-BETUL boleh dan mampu menutup NCR/OFI trsebut .. bukan skadar utk penuhi ruang kosong dalam borang sahaja.

Pegawai Dokumen telah memilih
24 Okt 2011 (Isnin) untuk mengadakan satu sesi perbincangan antara Pegawai Dokumen dengan Wakil2 Dokumen Jabatan/Unit. Sesi perbincangan ini dirasakan amat perlu rentetan dari penemuan2 Audit Dalaman KPTMBG baru2 ni yg mana banyak OFI dan NCR telah dikeluarkan dibawah Klausa 4.2.1, 4.2.3 dan 4.2.4. Klausa-klausa ini banyak berkait dengan KAWALAN dokumen dan rekod.

Kalau ikut Nota3 Klausa 4.2.1 ia mengat
akan bahawa 'pendokumenan boleh dalam apa2 bentuk atau jenis media' .. so in other words bahan2 yg kita letak dlm portal, website, blog, CD, thumbdrive etc pun dkira sbg dokumen .. yg mana ia mesti lah ada some sort of kawalan/control .. Cuma takat kawalan itu mungkin brbeza2 brgantung kpd kerumitan proses etc ..

Makin banyak mesyuarat makin banyak perkara2 yg nak kena buat .. ader jer menda2 yg boleh ditambah baik .. I guess this is what they meant by 'CONTINUAL improvements' .. wallah
u a'lam ;)

No comments:

Post a Comment