Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Thursday, October 20, 2011

SENARAI CADANGAN PELAJAR SESI 0711 (Julai 2011)

Saya baru sahaja habis menghadiri Mesy JK Aduan & Maklumbalas Pelanggan yang dipengerusikan oleh Tn Pgh sendiri. Berikut adalah maklumbalas n cadangan yang dibentang oleh Pn Hjh Noorliana Alias selaku s/usaha JK hasil daripada input yang diterima daripada pihak pelajar (Prg Dalaman) melalui Borang Soal Selidik Maklumbalas n Kepuasan Pelanggan untuk makluman n tindakan kita bersama :

1. Perbanyakkan parking dalam kawasan kolej
2. Majukan sukan untuk KPTM
3. Kawalan ketat di asrama kerana student lelaki & perempuan bebas
4. Perlu mesra pelanggan
5. Sediakan lebih banyak parking
6. Perlu tingkatkan bghn. kafeteria dan kemasukan dan rekod
7. Sediakan ATM dan wifi
8. Tambahkan tempat letak kereta kerana banyak kecurian kereta
9. Berikan perkhidmatan yang lebih bagus
10. Makanan kafe mestilah bertukar-tukar dan kena bersih, bosan makanan yang sama
11. Tingkatkan lagi sistem cms
12. Sediakan lebih banyak parking, bersih semua kelas
13. Memperbanyakkan lagi menu makanan di kolej
14. Harga makanan terlalu mahal

NOTE: the above comments are original (unedited) .. ;)

No comments:

Post a Comment