Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Showing posts with label Dokumen ISO. Show all posts
Showing posts with label Dokumen ISO. Show all posts

Monday, October 18, 2010

BENGKEL PENYEMAKAN AKHIR DOKUMEN ISO DI BAGAN LALANG

Alhamdulillah, pada weekend 16-17 Okt yang lepas kita sudah selesai mengadakan bengkel khas utk menyemak semua 35 dokumen ISO yang disediakan sebelum ini.

Dokumen2 yang dimaksudkan ialah 1 Manual Kualiti (MK) & 34 Prosedur (yakni 6 Proc Pengurusan, 8 Proc Utama & 20 Proc Sokongan), termasuk lah semua borang2, rekod2 & dokumen2 lain yang berkaitan dengan ISO ini.

Satu perkara yang special tentang bengkel kali ini ialah setiap peserta membawa laptop masing-masing. Oleh itu kerja pengemaskinian dokumen dapat disiapkan segera oleh setiap Process Owner.

Bengkel dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Syekh Al-Hamidi Al-Jenderami.

Masa dua hari di HSM Bagan Lalang bersama2 semua Process Owners rasanya berjalan dgn cepat sekali. Kita duduk sama2 semak, kemaskini & bentang masing2 punya dokumen. Semua peserta bengkel memberi komitmen yang sgt tinggi. Walaupun penat & letih berbengkel, namun rasanya sgt lah berbaloi.

Para peserta bengkel sentiasa dalam mode senyum ceria sambil gelak ketawa (like one big family), walaupun memikul tugasan yang berat untuk menyiapkan dokumen ISO yang sangat lah banyak nya.

Di akhir bengkel, semua dokumen2 siap dicetak, dicop dan ditandatangani. Now hanya menunggu lawatan pegawai SIRIM untuk Adequacy Audit pada 28/10/10 nanti.

Ucapan syabas & terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan Urusetia yang dikepalai oleh Pn Hjh Zuraidah, Pn Nurisyal, Pn Zuhrah & Pn Nurul, yang sangat dedicated & cemerlang sekali. Tahniah !

Selain dapat menyiapkan dokumen2 penting ISO, bengkel ini juga telah memberi ruang & platform untuk merapatkan lagi silaturrahim di antara para peserta bengkel khususnya.

Cuma yang tak sempat dibuat ialah pekena ikan bakar di tepi pantai Bagan Lalang. Maybe this can be a good excuse to go there again next time later ... insyaAllah ;)

Tuesday, October 12, 2010

NOMBOR SEMAKAN PADA PROSEDUR

Setiap prosedur asal akan dilabelkan dengan
No. Semakan : 0

Dari masa ke masa, jika berlaku perubahan ke atas dokumen SOP maka Process Owner & Unit Kualiti akan keep track & mencatatkan bilangan perubahan-perubahan yang telah berlaku ke atas dokumen tersebut.

Apabila jumlah perubahan itu sudah mencecah 10 item, maka No. Semakan prosedur itu akan ditukarkan (increment) daripada 0 kepada 1, seperti berikut
No. Semakan : 1

Dan begitu lah prosesnya untuk 10 item perubahan yang seterusnya ... sehingga lah kita capai satu tahap yang mana prosedur yang digunakan itu sudah mantap tanpa memerlukan sebarang perubahan / penambahbaikan lagi. InsyaAllah.

Wednesday, October 6, 2010

1-6-8-20 Nombor Keramat ?

Apa itu 1-6-8-20 ?

1-6-8-20 adalah nombor-nombor yang merujuk kepada pecahan daripada kesemua 35 dokumen yang disediakan untuk pensijilan ISO 9001:2008 KPTM Bangi.

1 = Manual Kualiti (MK)
6 = Prosedur Pengurusan (PP)
8 = Prosedur Utama (PU)
20 = Prosedur Sokongan (PS)

1-6-8-20 dicantum sedemikian rupa supaya senang semua warga KPTM Bangi menghafal / mengingatinya.

Jadi selepas ini, sekiranya ada sesiapa bertanya berapakah jumlah keseluruhan dokumen yang disediakan untuk ISO Bangi ? Maka jawapan / respon spontan dari kita ialah 1-6-8-20 ! ...

Saturday, October 2, 2010

DOKUMEN-DOKUMEN ISO 9001:2008 KPTM BANGI

Dokumen-dokumen ISO 9001:2008 KPTM Bangi melibatkan 1 MANUAL KUALITI & 34 PROSEDUR.

34 Prosedur terdiri daripada 6 PP (Proses Pengurusan) + 8 PU (Proses Utama) + 20 PS (Proses Sokongan)

PROSEDUR PENGURUSAN (6)
1. Kawalan Dokumen
2. Kawalan Rekod
3. Audit Dalaman
4. Kawalan Ketidakpatuhan
5. Pembetulan & Pencegahan
6. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

PROSEDUR UTAMA (8)
1. Perancangan Perniagaan
2. Pemasaran
3. Permohonan & Kemasukan Pelajar
4. Pendaftaran Pelajar
5. Pengurusan Peperiksaan
6. Penganugerahan Graduasi
7. Pengurusan Aduan & Maklumbalas Pelanggan
8. Pembilan & Kutipan Yuran

PROSEDUR SOKONGAN (20)
1. Pembangunan Program & Kurikulum Akademik Dalaman Baru

2. Perancangan Pengajaran & Pembelajaran
3. Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran
4. Penilaian Semula Pengajaran & Pembelajaran
5. Penilaian Pencapaian Pelajar
6. Pengambilan Pensyarah Sambilan
7. Pendaftaran Kursus
8. Permohonan Akreditasi Sementara & Penuh
9. Perolehan Bahan & Media Perpustakaan
10. Sirkulasi Bahan Perpustakaan
11. Masuk & Keluar Asrama
12. Pelaksanaan Orientasi Pelajar
13. Bimbingan & Kaunseling
14. Pembiayaan & Tajaan
15. Perolehan
16. Senggaraan Bangunan & Peralatan
17. Pengambilan & Penempatan Kakitangan
18. Latihan & Pembangunan Kakitangan
19. Penyelenggaraan Back Up Server
20. Pengurusan Kemudahan & Kelengkapan ICT