Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Showing posts with label To Do List. Show all posts
Showing posts with label To Do List. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Halatuju kita seterusnya .. 1 KPTM 1 ISO ?


Buat masa ini setiap kolej KPTM mempunyai nombor kelulusan pensijilan ISO masing-masing yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM QAS. Ini membawa maksud jika ada 8 kolej maka akan ada 8 nombor pensijilan yang berbeza-beza.

Dalam konteks 1Malaysia 1 KPTM .. mungkin kah suatu hari nanti kita pun akan ikut jejak seperti UPM (gambar atas) di mana kita juga akan menggabungkan kesemua 8 sijil ISO kepada satu pensijilan sahaja ?

Bagi saya, itu lah langkah yang terbaiknya .. insyaAllah .. ;)

Monday, November 1, 2010

New Deadlines for Stage 2 Audit (as of 1 Nov 2010)

There has been a change in our deadline for Stage 2 Audit. Please take note of the following :

2/11/10
Sesi Bersama Konsultan ISO. Yang terlibat ialah Wakil Pengurusan, Pegawai Dokumen & Ketua Audit Dalaman dari setiap kolej cawangan. Lokasi di LT2.1 KPTMKL @ 0900 hrs. Surat panggilan / memo akan menyusuli.

3-4/11/10
Sesi Bimbingan Stage 2 oleh Konsultan ISO kepada semua JK ISO Bangi. Lokasi BM1 @ 0900 hrs.

5/11/10
Cuti Deepavali & Raptai Konvo ke-27 di PICC Putrajaya.

6/11/10
Konvo ke-27 KPTM di PICC Putrajaya.

8-9/11/10
Stage 2 Audit Pensijilan KPTM Bangi. Lead Auditor SIRIM ialah Pn Hjh Fauziah Sulaiman.

Tuesday, October 19, 2010

TINDAKAN SUSULAN

Berikut adalah beberapa tindakan susulan yang terbit semasa perbincangan bersama JK Pelaksana ISO KPTM Bangi. Perkara ini akan dibawa untuk perbincangan lanjut ke Mesy Pengurusan Kolej pada 21/10 nanti :

1) Pengemaskinian senarai Bidang Tugas terkini serta pengedarannya kepada setiap staf kolej yg berkenaan. Satu salinan perlu diberi kepada Unit Kualiti untuk simpanan & rujukan.

2) Pelantikan dan taklimat kepada Wakil Kualiti dari setiap jabatan sebagai "champion" di jabatan masing2.

3) Pelarasan penggunaan id staf - logo & format baru.

4) Pengeluaran memo tentang tempoh simpanan rekod2 untuk semua prosedur ISO yang digunakan.

5) Penubuhan & pelantikan JK Aduan Pelanggan, JK Pembangunan Program & Kurikulum, dan JK Keselamatan & Kesihatan Kolej.

6) Pengimplementasian Weekly Teaching Report (WTR) bagi semua pensyarah mulai sesi Jan 2011. WTR akan disemak 2 kali /sem oleh KJ setiap jabatan.

Wallahu a'lam.