Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Showing posts with label Policy. Show all posts
Showing posts with label Policy. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

PENGENDALIAN PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

NO ISU : 1
NO SEMAKAN : 0

Sebarang cadangan pindaan yang hendak dibuat pada dokumen terkawal hendaklah menggunakan Borang Cadangan Pindaan.

Permohonan pindaan ini hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)

Nombor Semakan akan berubah secara 0+n bagi mana-mana muka surat yang dipinda. Tarikh pindaan bagi muka surat berkenaan juga akan berubah mengikut tarikh kelulusan pindaan.

Nombor Isu adalah nombor yang digunakan untuk menentukan status penerbitan atau keluaran bagi keseluruhan dokumen terkawal. Nombor Isu dokumen terkawal akan berubah sekiranya :

a) berlaku pindaan yang melibatkan tambahan atau pengurangan muka surat
b) berlaku perubahan pada versi MS ISO yang sedang digunakan
c) berlaku perubahan dalam fungsi utama organisasi
d) berlaku perubahan bagi sebahagian besar isi kandungan yang hanya diluluskan oleh pihak pengurusan atasan

Nombor Isu akan berubah secara 1+n, sementara Nombor Semakan kembali (reset) menjadi 0.

Pindaan dokumen yang telah diuluskan hendaklah diserahkan kepada Unit Kualiti untuk direkodkan dan disenggarakan.

Pindaan yang diluluskan ke atas dokumen terkawal hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Pindaan.

Halaman lama pada salinan asal dokumen perlu dikeluarkan dan digantikan dengan halaman baru.

Satu salinan asal halaman lama yang terdapat pada pemegang-pemegang dokumen akan dicap BATAL dan disimpan dalam fail berkaitan di Unit Kualiti.


Tuesday, November 2, 2010

TEMPOH SIMPANAN DOKUMEN yang melibatkan pensyarah

Berikut adalah tempoh simpanan dokumen yang melibatkan pensyarah. Sila ambil maklum.

JADUAL WAKTU PENSYARAH
2 tahun

BORANG KEHADIRAN PELAJAR
2 tahun

LAPORAN MARKAH PELAJAR
7 tahun

KERTAS PROJEK PELAJAR
1 tahun

Sunday, October 3, 2010

KPTM BANGI - Pengenalan

VISI
Peneraju Institusi Pendidikan Tinggi Pilihan

MISI
  • Menyediakan pengajaran berkualiti serta sentiasa memenuhi kepuasan pelanggan dengan kos yang berpatutan
  • Melahirkan usahawan dan individu yang seimbang serta memenuhi keperluan pasaran
OBJEKTIF
  • Memantap dan menyediakan program pengajian yang diiktiraf dan mempunyai nilai pasaran
  • Melahirkan graduan yang berdaya saing, seimbang dan mampu merealisasikan aspirasi negara
  • Menyediakan kakitangan yang profesional dan komited
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur, peralatan dan persekitaran yang mencukupi untuk tujuan perlaksanaan program pengajian
  • Mengamalkan budaya kerja yang berkualiti
  • Menjadikan institusi pendidikan tinggi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
PIAGAM PELANGGAN

Dalam merealisasikan visi dan misi KPTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi pilihan, maka kami warga KPTM dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan :
  • Menyediakan program pengajian yang diiktiraf, berkualiti dan memenuhi nilai pasaran
  • Melahirkan graduan berilmu, berkualiti dan berdaya saing
  • Menawarkan program pengajian pada kadar yuran berpatutan
  • Menyediakan tenaga kerja profesional dan komited
  • Menyediakan kemudahan lengkap yang mencukupi
oNILAI BERSAMA
  • Proaktif
  • Progresif
  • Profesional
POLISI KUALITI
  • KPTM menawarkan program pengajian yang berkualiti serta mampu dibiayai ke arah melahirkan tenaga kerja yang berilmu
  • KPTM memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan persekitaran kondusif bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)

n
o
o
o