Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Friday, November 16, 2012

SURVEILLANCE AUDIT II - 21 Nov 2012

On 14/11/12 we received a fax from SIRIM QAS stating that the SAII will be held one day earlier on 21/11/12 (Wed). Original dates were 22-23/11/12. Audit Team Leader is Pn Parimala Devi Ganesan, and she'll be assisted by two other auditors namely Tn Hj Ali Borhan and Mr. Mani Maaran Krishanan .. All the best to our ISO team !

Sunday, February 26, 2012

Bengkel Audit Dalaman : 24-26 Feb 2012

Tarikh : 24-26 Feb 2012
Lokasi : L2 KPTM Bangi
Peserta : 46 orang staf, majoriti drp kalangan pensyarah yang dilantik sbg Juruaudit Dalam KPTM Bangi. Ada seorang 'peserta tumpang' dari KPTM BPahat - Pn Fadilah Mohamad Ishak.
Penceramah : Pn Siti Rahmah Ahmad, Auditor Kanan SIRIM Qas International ..

Barisan urusetia yg sgt setia menguruskan welfare para peserta kursus .. Ust Elmi Baharuddin (Ketua), Noor Shahida Nor Azmi, Azizah @Elys Tohid, Noorashidah Mohd Hairani, Rahila Abu Bakar n Mohd Sukry Ali Raus .. ;)

En Saifulkahar (Pengurus Bhg Jaminan Kualiti HQ) dan Sdr Shafian (Exec Bhg JKualiti HQ) juga hadir untuk memantau ..

Apa ROOT CAUSE nyer ek ? apa2 pun mesti rujuk kpd Klausa dulu .. ;) Klausa paling popular ialah 7.5.1 ... Plan n carry out ! And 8.2.3 ... Process !

"Kalau ada trend, boleh kasi NCR" ! Itu lah tips daripada Pn Siti Rahmah - penceramah dari SIRIM yg sgt berpengalaman .. very straight forward .. mudah difahami .. ;)

Seronok selepas buat Mock Audit .. sebab dpt apply Klausa SPK terus kpd situasi sebenar .. Tips auditing : pastikan Standards tu dibaca n fahami dulu. Pastu baru lah LISTEN n OBSERVE betul2 apa yg berlaku disekeliling .. ;)

Byk group work n case studies .. ala Problem-Based Learning (PBL) style .. ;) Overall, bengkel kali ini adalah antara yang terbaik pernah saya hadiri kerana ia banyak menekankan ...

1) pemahaman Klausa Standards 4, 5, 6, 7 & 8 dalam ISO 9001:2008.
2) kaedah pengauditan : sebelum, semasa dan selepas
3) mock audit - penulisan & pembentangan hasil audit .. very practical n sangat berkesan !

Terima kasih kepada Pn Siti dan Bhg Jaminan Kualiti (HQ) kerana mengadakan bengkel yang memang menjurus kepada KOMPETENSI ini .. Jazakallahu khairan kathiira .. ;)

Monday, January 16, 2012

Mesyuarat Penemuan Audit Pemantauan (SA1) SIRIM 2011

Alhamdulillah pada 11-12 Jan 2012 telah diadakan satu Mesyuarat Penemuan Audit Pemantauan (Surveillance Audit 1) SIRIM 2011.

Mesyuarat hasil inisiatif Bhg Jaminan Kualiti KPTM ini telah diadakan di Dewan LT2.1 KPTMKL. Ia melibatkan semua wakil2 kolej yg terdiri daripada WP, TWP, Ketua Audit Dalaman, TPA dan TPP kolej masing-masing.

Wakil2 kolej telah membentangkan penemuan2 serta tindakan yang diambil oleh pihak kolej dalam usaha untuk menutup NCR yg diperolehi ..

Selain daripada itu, mesy ini juga membincangkan pelarasan serta penambahbaikan ke atas Objektif Kualiti sedia ada.

Mesyuarat telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pengurus Bhg Jaminan Kualiti KPTM, Sdr Saifulkahar Shariff.

Thursday, December 29, 2011

GOTONG ROYONG PERDANA 5S Peringkat KPTM Bangi pada 29/12/11

Alhamdulillah .. hari ini tanggal 29 Disember 2011, JK 5S KPTM Bangi telah berjaya mengadakan Program Gotong-Royong Perdana. Fokus utama aktiviti ini ialah melaksanakan S yg pertama Amalan 5S iaitu SISIH (Seiri).

Antara gerak kerja yg terlibat ialah :
1) Menyisih perabut2 / mana2 peralatan atau item yg rosak / td boleh pakai / tidak dperlukan lagi
2) Melabelkan suis lampu / kipas / air-conditioner / meja/ tong sampah dsb
3) Menyenaraikan mana2 kerja yang td sempat dbuat / yg perlu dbuat dmasa hadapan (for next project) .. ;)

Acara dmulakan dgn Ucapan Aluan n Perasmian oleh Tn Pgh - En Abdul Azmi Abdul Aziz .. ;)

Sdr Anuar dgn penuh semangat memberi taklimat kepada para petugas .. ;)

Antara warga kolej yg hadir utk Program Gotong-Royong kali ni .. ramai gak yg sedang brcuti .. almaklum lah hujung tahun .. ;)

Ketua Kumpulan menerima 'goody bags' drp Tn Pengarah .. kat dalam tu mcm2 ada .. gunting, sticker n peralatan lain utk melabelkan suis, kipas dsbnya .. huhu ;)

Ini lah antara wajah2 manis KPTM Bangi .. melabelkan suis kipas pun dbuat dgn penuh senyuman .. huhu ;)

Pasni leh warga kolej boleh email jer aduan (jika ada) kpd : aduanbangi@kptm.edu.my .. ;)

Fuyooh .. Sdr Ahmad dgn khusyuk nya melabelkan "ruang parking" tong sampah .. ;)

Labeling kedudukan meja ..

Banyak gak arr kerusi patah n rosak yg dpt dkumpulkan ..

Ni lah baru betul2 kerja .. menyisihkan peralatan n perabut yg rosak / tidak dperlukan .. ;)

Perghh .. Ustz Elmi angkut DUA kerusi plastik skali gus tuuh .. dasatt ! hehe ;) Sambil dperhatikan oleh Dini n Didi .. ;)

Now you see ..

.. now you don't ! A classic example of SISIH !

5 sweeties bergambar bersama hasil sisihan dari Blok Akademik (selonggok kat belakang tuh) .. ;)

Acara sisih yg paling klimaks n dnanti2kan oleh semua .. MENYISIH nasi lemak dgn lauk pauk nya skali .. huhu ;)

Rezki jgn dtolak ... Nasi lemak simple .. Nyum nyum .. ;)

Tu dia .. beratur panjang ;) Amboih .. Ani n Khairul antara yg terawal masuk queue .. huhu ;)

Setelah penat menyisih perabut2 rosak etc, it's makan time sambil sembang2 merapatkan silaturrahim .. Boleh buat sokmo nih .. ;)

Pn Aruna pun ada .. Alhamdulillah acara tamat jam 12.30 tghari .. ;) Lepas nih JK 5S akan buat program gotong-royong susulan Fasa ke-II pulak .. Next project will b focusing on SUSUN (Seiton) .. insyaAllah ;)