Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Sunday, October 3, 2010

BORANG KAJIAN TAHAP KESEDARAN & KEFAHAMAN ISO

Unit Kualiti KPTM Bangi kini dalam proses untuk mengedarkan satu Borang Kajian Tahap Kesedaran & Kefahaman warga KPTM Bangi terhadap pensijilan ISO 9001:2008. Borang ini dijangka akan diedarkan kepada semua warga KPTM Bangi pada hari Isnin 4/10/10.

Tuan/puan juga boleh mendapatkan Borang Kajian ini di Bilik Gerakan Unit Kualiti mulai 4/10/10. Sila kembalikan respon anda kepada pegawai bertugas di Bilik Gerakan.


Adalah diharapkan respon & input cadangan dari pihak responden akan dapat membantu kami dalam usaha untuk menyusun program-program yang sesuai & relevan demi untuk memantapkan lagi pelaksanaan ISO 9001:2008 di kolej kita ini.


Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai & didahului dengan ucapan terima kasih.

AUDIT DALAM 30/9 & 1/10

Kerja-kerja Audit Dalam kali ini melibatkan 20 orang Juruaudit Dalaman yang mengaudit 34 Prosedur ISO KPTM Bangi. Alhamdulillah pada 30/9 & 1/10 kerja2 Audit Dalam ini telah dapat dijalankan dengan baik tanpa berlaku perkara2 yang tidak diingini. Kerjasama & komitmen daripada kedua-dua pihak Auditors & Auditee (Process Owners) amatlah menyerlah dan sangat commendable.

Perlu diingatkan bahawa majoriti (98%) Auditors yang dilantik adalah kali pertama membuat tugasan auditing seperti ini. Terima kasih & syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pengauditan ini - khususnya kepada para champions seperti Pn Nurisyal, Pn Hjh Zuraidah, Pn Nur Zuhrah & Pn Nurul yang menjadi tonggak utama dalam memastikan tugasan ini berlangsung dengan lancar.

Walaubagaimanapun saya dimaklumkan masih ada beberapa prosedur yang tidak sempat complete dan memerlukan extension sehingga Isnin 4/10/10. Mengikut En Latif (Konsultan), ini kadang-kadang berlaku kerana Senarai Semak yang disediakan pada peringkat awal itu berkemungkinan tidak menyeluruh untuk menyemak samada proses dalam sesuatu prosedur itu adalah sempurna atau tidak.

Para Auditors diingatkan untuk menyerahkan laporan-laporan berikut kepada Pn Nurisyal di Bilik Gerakan Unit Kualiti selewat-lewatnya sebelum punch-out pada Isnin 4/10/10.

1. Senarai Semak (hardcopy dan softcopy)
2. Bukti Audit (salinan bukti - fotostat / gambar)
3. Borang Ketidakpatuhan (hardcopy dan softcopy) - if any
4. Borang Pemerhatian (hardcopy dan softcopy)

Beliau akan compile laporan-laporan ini sebelum menyerahkan kepada WP pada 5/10/10 untuk tujuan dibawa bincang dalam Pra-MKSP pada 6/10/10 & MKSP (Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan) pada 14/10/10.

WP juga telah diminta untuk menyediakan Progress Report kepada pihak Jaminan Kualiti HQ (En Mohd Sahidi) selewat-lewatnya 5/10/10.

Oleh yang demikian, kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan.


BILIK GERAKAN UNIT KUALITI

Bilik Gerakan Unit Kualiti kini berada di pejabat lama TPA di tingkat pertama Blok Fakulti. Bilik gerakan ini dikendalikan oleh Pn Hjh Zuraidah Muhidin sebagai Ketua Unit Kualiti KPTM Bangi. Unit Kualiti juga dianggotai oleh Sdr Hamidi Harun, Ustz Mohd Nazir Md Yunoh & Pn Rosidah Suhod.

Bilik Gerakan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti kabinet-kabinet besi khas untuk fail-fail dokumen, komputer, printer, talian telefon/fax, whiteboard serta meja & kerusi untuk kegunaan perbincangan & gerak kerja yang berkaitan dengan ISO.

Sejak kebelakangan ini, Bilik Gerakan ini juga telah menjadi "pejabat kedua" Hjh Zuraidah, Pn Nur Zuhrah (Pegawai Dokumen) & Pn Nurisyal (Ketua Audit Dalam).

Antara bidangtugas / aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh Unit Kualiti ialah :
  • Identify "blind spots"
  • Organize College / University / Company visits to enhance better understanding on the implementation of ISO
  • Membantu pengurusan untuk menyediakan KPI dalam menjayakan perancangan strategik kolej
  • Meet benchmarks set by the college
  • Collection of data & analysis - untuk prosedur pencegahan & pembetulan
  • Organize campus discussion among staff & students
  • Dapatkan maklumbalas pelanggan
  • Initiate Internal & External Audit
o
o

Warga KPTM dialu-alukan datang menjenguk ke Bilik Gerakan Unit Kualiti sekiranya ada persoalan atau memerlukan penjelasan & maklumat lanjut mengenai pelaksanaan ISO di kolej kita.

Nos telefon Bilik Gerakan kita ialah 03-8925 9776 Ext 188. Komen-komen, cadangan & pertanyaan juga boleh diemailkan kepada : isokptmbangi@gmail.com

KPTM BANGI - Pengenalan

VISI
Peneraju Institusi Pendidikan Tinggi Pilihan

MISI
  • Menyediakan pengajaran berkualiti serta sentiasa memenuhi kepuasan pelanggan dengan kos yang berpatutan
  • Melahirkan usahawan dan individu yang seimbang serta memenuhi keperluan pasaran
OBJEKTIF
  • Memantap dan menyediakan program pengajian yang diiktiraf dan mempunyai nilai pasaran
  • Melahirkan graduan yang berdaya saing, seimbang dan mampu merealisasikan aspirasi negara
  • Menyediakan kakitangan yang profesional dan komited
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur, peralatan dan persekitaran yang mencukupi untuk tujuan perlaksanaan program pengajian
  • Mengamalkan budaya kerja yang berkualiti
  • Menjadikan institusi pendidikan tinggi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
PIAGAM PELANGGAN

Dalam merealisasikan visi dan misi KPTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi pilihan, maka kami warga KPTM dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan :
  • Menyediakan program pengajian yang diiktiraf, berkualiti dan memenuhi nilai pasaran
  • Melahirkan graduan berilmu, berkualiti dan berdaya saing
  • Menawarkan program pengajian pada kadar yuran berpatutan
  • Menyediakan tenaga kerja profesional dan komited
  • Menyediakan kemudahan lengkap yang mencukupi
oNILAI BERSAMA
  • Proaktif
  • Progresif
  • Profesional
POLISI KUALITI
  • KPTM menawarkan program pengajian yang berkualiti serta mampu dibiayai ke arah melahirkan tenaga kerja yang berilmu
  • KPTM memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan persekitaran kondusif bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)

n
o
o
o