Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Sunday, October 3, 2010

BILIK GERAKAN UNIT KUALITI

Bilik Gerakan Unit Kualiti kini berada di pejabat lama TPA di tingkat pertama Blok Fakulti. Bilik gerakan ini dikendalikan oleh Pn Hjh Zuraidah Muhidin sebagai Ketua Unit Kualiti KPTM Bangi. Unit Kualiti juga dianggotai oleh Sdr Hamidi Harun, Ustz Mohd Nazir Md Yunoh & Pn Rosidah Suhod.

Bilik Gerakan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti kabinet-kabinet besi khas untuk fail-fail dokumen, komputer, printer, talian telefon/fax, whiteboard serta meja & kerusi untuk kegunaan perbincangan & gerak kerja yang berkaitan dengan ISO.

Sejak kebelakangan ini, Bilik Gerakan ini juga telah menjadi "pejabat kedua" Hjh Zuraidah, Pn Nur Zuhrah (Pegawai Dokumen) & Pn Nurisyal (Ketua Audit Dalam).

Antara bidangtugas / aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh Unit Kualiti ialah :
  • Identify "blind spots"
  • Organize College / University / Company visits to enhance better understanding on the implementation of ISO
  • Membantu pengurusan untuk menyediakan KPI dalam menjayakan perancangan strategik kolej
  • Meet benchmarks set by the college
  • Collection of data & analysis - untuk prosedur pencegahan & pembetulan
  • Organize campus discussion among staff & students
  • Dapatkan maklumbalas pelanggan
  • Initiate Internal & External Audit
o
o

Warga KPTM dialu-alukan datang menjenguk ke Bilik Gerakan Unit Kualiti sekiranya ada persoalan atau memerlukan penjelasan & maklumat lanjut mengenai pelaksanaan ISO di kolej kita.

Nos telefon Bilik Gerakan kita ialah 03-8925 9776 Ext 188. Komen-komen, cadangan & pertanyaan juga boleh diemailkan kepada : isokptmbangi@gmail.com

2 comments:

  1. salam,
    Saya cadangkan dapat sekiranya disediakan jadual petugas bagi Bilik Gerakan ISO merangkap Bilik Dokumen ISO tu.. Ini akan memudahkan lagi warga KPTMBG yg ingin melawat dan berurusan.

    Sekian,TQ.

    ReplyDelete
  2. Appreciate ur suggestion. Camni lerr kita nak ... at least ada yg show interest ;) Pasal jadual petugas tuh nti kami usahakan ...

    ReplyDelete