Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Tuesday, October 19, 2010

TINDAKAN SUSULAN

Berikut adalah beberapa tindakan susulan yang terbit semasa perbincangan bersama JK Pelaksana ISO KPTM Bangi. Perkara ini akan dibawa untuk perbincangan lanjut ke Mesy Pengurusan Kolej pada 21/10 nanti :

1) Pengemaskinian senarai Bidang Tugas terkini serta pengedarannya kepada setiap staf kolej yg berkenaan. Satu salinan perlu diberi kepada Unit Kualiti untuk simpanan & rujukan.

2) Pelantikan dan taklimat kepada Wakil Kualiti dari setiap jabatan sebagai "champion" di jabatan masing2.

3) Pelarasan penggunaan id staf - logo & format baru.

4) Pengeluaran memo tentang tempoh simpanan rekod2 untuk semua prosedur ISO yang digunakan.

5) Penubuhan & pelantikan JK Aduan Pelanggan, JK Pembangunan Program & Kurikulum, dan JK Keselamatan & Kesihatan Kolej.

6) Pengimplementasian Weekly Teaching Report (WTR) bagi semua pensyarah mulai sesi Jan 2011. WTR akan disemak 2 kali /sem oleh KJ setiap jabatan.

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. salam,

    Tindakan susulan no 1-5 tu ok je... cuma yg No 6 tu je yang sesak sikit rasanya....tapi tetap kena buat jugakkkkkk.........

    ReplyDelete