Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Monday, October 18, 2010

BENGKEL PENYEMAKAN AKHIR DOKUMEN ISO DI BAGAN LALANG

Alhamdulillah, pada weekend 16-17 Okt yang lepas kita sudah selesai mengadakan bengkel khas utk menyemak semua 35 dokumen ISO yang disediakan sebelum ini.

Dokumen2 yang dimaksudkan ialah 1 Manual Kualiti (MK) & 34 Prosedur (yakni 6 Proc Pengurusan, 8 Proc Utama & 20 Proc Sokongan), termasuk lah semua borang2, rekod2 & dokumen2 lain yang berkaitan dengan ISO ini.

Satu perkara yang special tentang bengkel kali ini ialah setiap peserta membawa laptop masing-masing. Oleh itu kerja pengemaskinian dokumen dapat disiapkan segera oleh setiap Process Owner.

Bengkel dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Syekh Al-Hamidi Al-Jenderami.

Masa dua hari di HSM Bagan Lalang bersama2 semua Process Owners rasanya berjalan dgn cepat sekali. Kita duduk sama2 semak, kemaskini & bentang masing2 punya dokumen. Semua peserta bengkel memberi komitmen yang sgt tinggi. Walaupun penat & letih berbengkel, namun rasanya sgt lah berbaloi.

Para peserta bengkel sentiasa dalam mode senyum ceria sambil gelak ketawa (like one big family), walaupun memikul tugasan yang berat untuk menyiapkan dokumen ISO yang sangat lah banyak nya.

Di akhir bengkel, semua dokumen2 siap dicetak, dicop dan ditandatangani. Now hanya menunggu lawatan pegawai SIRIM untuk Adequacy Audit pada 28/10/10 nanti.

Ucapan syabas & terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan Urusetia yang dikepalai oleh Pn Hjh Zuraidah, Pn Nurisyal, Pn Zuhrah & Pn Nurul, yang sangat dedicated & cemerlang sekali. Tahniah !

Selain dapat menyiapkan dokumen2 penting ISO, bengkel ini juga telah memberi ruang & platform untuk merapatkan lagi silaturrahim di antara para peserta bengkel khususnya.

Cuma yang tak sempat dibuat ialah pekena ikan bakar di tepi pantai Bagan Lalang. Maybe this can be a good excuse to go there again next time later ... insyaAllah ;)

No comments:

Post a Comment