Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Sunday, October 3, 2010

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Rektor/Pengarah

a. Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SPK

b. Mengesahkan dan mengawal dokumen SPK

c. Memastikan perancangan, penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan SPK

d. Menilai keberkesanaan pelaksanaan SPK dan pencapaian objektif kualiti

WP (TRA/TPP/TPA)

a. Membentang laporan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SPK

b. Mengubal, menyemak & mengawal dokumen SPK

c. Merancang, menyelaras & memantau pelaksanaan SPK

d. Menilai keberkesanan pelaksanaan SPK dan pencapaian objektif Kualiti

e. Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan SPK/ISO

Urusetia SPK (BPKJK- KL/PEGAWAI KUALITI-CAWANGAN)

a. Membantu WP bagi menyedia, menyenggara, mengedar dan kawalan Dokumen SPK

b. Membantu WP dalam merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan SPK

c. Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SPK

d. Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan SPK

e. Urusetia bengkel pasukan pengubal, penyemak dokumen SPK

f. Mengumpul dan menganalisa data SPK dari bahagian/jabatan atau unit berkaitan termasuk pencapaian objektif SPK, NCR, Penemuan Audit, maklumbalas pelanggan, dan lain-lain

g. Membimbing pelaksanaan SPK di semua peringkat

h. Mengatur program audit dalam dan membantu pelaksanaan audit pematuhan

i. Menyimpan semua rekod kualiti yang berkaitan dan rekod pentadbiran pelaksanaan SPK

Pegawai Kualiti

a. Membantu menyelia dan membimbing pelaksanaan SPK

b. Membantu memantau pelaksanaan SPK

c. Menilai pencapaian prestasi SPK/objektif kualiti

d. Memantau penyediaan dan penyenggaraan rekod rekod kualiti & sokongan yang berkaitan

Pegawai Dokumen

a. Menyediakan senarai induk dokumen kualiti SPK

b. Menyediakan senarai induk dokumen sokongan SPK

c. Mengedarkan dokumen kualiti kepada yang berkaitan

d. Membuat pindaan pada dokumen yang berkenaan

e. Menyimpan rekod edaran dan pindaan dokumen kualiti

f. Meyimpan salinan asal dokumen kualiti

g. Melupuskan dokumen lapok mengikut SPK

Ketua Jabatan/Bahagian/Unit

a. Mengurus, memantau dan mengawal pelaksanaan SPK

b. Menggunapakai Dokumen SPK

c. Membimbing pelaksanaan SPK

d. Menilai pencapaian prestasi SPK/objektif kualiti

e. Analisa pencapaian Objektif kualiti SPK, Analisa NCR, Penemuan Audit, aduan pelanggan dan lain-lain

f. Melaksana penambahbaikan berterusan

g. Membantu dan berkerjasama dalam menjalankan audit SPK

h. Menyediaan laporan untuk Mesyuarat Pengurusan

Eksekutif

a. Menggunapakai Dokumen SPK

b. Menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebagaimana prosedur SPK

c. Menyelia dan membimbing pelaksanaan SPK

d. Memantau pelaksanaan SPK

e. Menilai pencapaian prestasi SPK/objektif kualiti

f. Analisa NCR, Penemuan Audit, aduan pelanggan dll.

g. Melaksana penambahbaikan berterusan mana yang berkenaan

h. Membantu dan berkerjasama dalam menjalankan audit SPK

i. Membantu penyediaan laporan

Staf Sokongan/Operasi (Juruteknik, Kerani, Drebar, Pekerja Am)

a. Menggunapakai Dokumen SPK

b. Menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebagaimana prosedur SPK

c. Menyedia dan menyenggara rekod rekod kualiti & sokongan yang berkaitan

d. Menyedia dan menyerahkan laporan yang berkaitan

e. Melaksana penambahbaikan berterusan mana yang berkenaan

f. Membantu dan berkerjasama dalam menjalankan audit SPK

g. Membantu penyediaan laporan



No comments:

Post a Comment