Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Tuesday, October 12, 2010

ADEQUACY AUDIT pada 27/10/10

Berikut adalah info / tips yang diterima daripada En Latif untuk makluman & tindakan kita bersama semasa Adequacy Audit dijalankan nanti oleh SIRIM pada 27/10/10.

1. Semua dokumen kualiti seperti Manual Kualiti (1), salinan semua prosedur (34), fail hasil Audit Dalaman dan Minit MKSP perlu disediakan dalam bilik Unit Kualiti (Bilik Dokumen). Auditor SIRIM boleh buat kerja mereka di dalam bilik ini tanpa perlu pergi ke Jabatan2 lain.

2. Ketua Audit Dalaman perlu pastikan semua hasil Audit Dalaman didokumenkan dengan lengkap dan tersusun rapi. Ketua AD tidak perlu berada dalam bilik Unit Kualiti semasa Adequacy Audit dijalankan oleh pihak SIRIM.

No comments:

Post a Comment