Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Friday, October 8, 2010

AGENDA MKSP

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) bagi ISO 9001:2008 KPTM Bangi bakal diadakan pada 14 Okt 2010 depan. Berikut adalah agenda asas yang akan dibincangkan bersama-sama dengan pihak pengurusan kolej untuk tujuan penambahbaikan kepada proses-proses / prosedur-prosedur yang telah diaudit ...

1. Pencapaian terhadap dasar & objektif kualiti
2. Keputusan-keputusan audit
- Ketua Juruaudit Dalam akan melapor & mengulas setiap NCR yang dikeluarkan
- Berapa NCR & Pemerhatian dikeluarkan ?
- Jabatan mana mendapat NCR / Pemerhatian terbanyak & mengapa ?
- Berapa NCR yang tidak dapat diselesaikan (closed NCR) & mengapa ?
3. Maklumbalas pelanggan
4. Prestasi proses & keakuran produk
5. Status tindakan pencegahan & pembetulan
6. Tindakan-tindakan susulan hasil dari semakan pengurusan yang lepas
7. Perubahan-perubahan yang boleh memberi kesan terhadap sistem pengurusan kualiti
8. Cadangan-cadangan untuk peningkatan

2 comments:

  1. wow.. banyaknyee mau 2 hari 2 mlm baru selesai...
    -zuhrah-

    ReplyDelete
  2. Terpulang lah kpd drebar nya samada nak bwk 60km/jam atau 120 km/jam ... ;) Yg penting issues yg dibincang dpt diselesaikan secara terbaik & win-win utk semua pihak ...

    ReplyDelete