Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Tuesday, October 12, 2010

NOMBOR SEMAKAN PADA PROSEDUR

Setiap prosedur asal akan dilabelkan dengan
No. Semakan : 0

Dari masa ke masa, jika berlaku perubahan ke atas dokumen SOP maka Process Owner & Unit Kualiti akan keep track & mencatatkan bilangan perubahan-perubahan yang telah berlaku ke atas dokumen tersebut.

Apabila jumlah perubahan itu sudah mencecah 10 item, maka No. Semakan prosedur itu akan ditukarkan (increment) daripada 0 kepada 1, seperti berikut
No. Semakan : 1

Dan begitu lah prosesnya untuk 10 item perubahan yang seterusnya ... sehingga lah kita capai satu tahap yang mana prosedur yang digunakan itu sudah mantap tanpa memerlukan sebarang perubahan / penambahbaikan lagi. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment