Minggu ini pihak Unit Kualiti KPTM Bangi telah mengedarkan button ISO kepada staf dan sebahagian pelajar kolej. Semua staf adalah dikehendaki memakai button ISO ini semasa waktu pejabat dan semasa menghadiri majlis-majlis rasmi kolej mulai 6 Okt 2010.
Ini merupakan salah satu inisiatif dalam jadual perancangan Unit Kualiti ke arah pembudayaan & penghebahan tentang usaha kita ke arah mencapai pensijilan ISO 9001:2008.
Justeru, maka dimohon kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan hasrat kita demi untuk meningkatkan Budaya Kualiti di KPTM Bangi khususnya. Bagi mereka yang masih belum mendapat button ini, sila rujuk kepada Ketua Jabatan/Unit masing-masing.
No comments:
Post a Comment