Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Sunday, October 3, 2010

BORANG KAJIAN TAHAP KESEDARAN & KEFAHAMAN ISO

Unit Kualiti KPTM Bangi kini dalam proses untuk mengedarkan satu Borang Kajian Tahap Kesedaran & Kefahaman warga KPTM Bangi terhadap pensijilan ISO 9001:2008. Borang ini dijangka akan diedarkan kepada semua warga KPTM Bangi pada hari Isnin 4/10/10.

Tuan/puan juga boleh mendapatkan Borang Kajian ini di Bilik Gerakan Unit Kualiti mulai 4/10/10. Sila kembalikan respon anda kepada pegawai bertugas di Bilik Gerakan.


Adalah diharapkan respon & input cadangan dari pihak responden akan dapat membantu kami dalam usaha untuk menyusun program-program yang sesuai & relevan demi untuk memantapkan lagi pelaksanaan ISO 9001:2008 di kolej kita ini.


Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai & didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment