Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Friday, October 15, 2010

AKTIVITI AUDIT SEPANJANG TAHUN

Ramai yang bertanya apa tugasan / tanggungjawab long-term Unit Audit ? Perlu diingatkan bahawa KUALITI adalah suatu proses perjalanan & bukannya suatu destinasi, maka kerja2 ke arah mencapai kualiti adalah BERTERUSAN & mesti ada ISTIQOMAH.

Berikut adalah beberapa aktiviti audit yang perlu dilaksanakan oleh organisasi, khususnya Unit Audit & Unit Kualiti :

1) Menjalankan audit untuk setiap bahagian berkaitan. Contohnya satu aktiviti setiap bulan. Semua aktiviti jabatan perlu diaudit dalam jangkamasa 12 bulan (sebelum Surveillance Audit)

2) Hasil audit perlu diberi kepada Ketua Audit bersama-sama dengan BUKTI audit serta dinyatakan bilangan sample yang di ambil. Pada penghujung setiap tahun, seluruh population sepatutnya telah diaudit.

3) Hasil audit perlu disimpan dalam bentuk DATA supaya mudah dijalankan ANALISA DATA pada audit dalaman seterusnya (pada hujung tahun).

4) Hasil audit akan menunjukkan keberkesanan SPK serta memberi gambaran mengenai prosedur mana yang sukar dipatuhi dan memerlukan ia dibuat semula / diperbetulkan.

5) Hasil audit perlu DIANALISA bagi tujuan pembaikan berterusan.

No comments:

Post a Comment