Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Friday, October 29, 2010

STAGE 1 Adequacy Audit sudah selesai

Alhamdulillah, tanggal 27 Oktober 2010, Stage 1 Adequacy Audit telah selamat dilaksanakan bersama Pn Hjh Fauziah Sulaiman (Lead Auditor) dari SIRIM.

Tn Hj Ghozali Lamijan, Pengarah KPTM Bangi sedang memberi Taklimat Ringkas kepada Lead Auditor mengenai kolej secara am.

Sesi semakan dokumen oleh Lead Auditor bersama Pn Zuhrah (Pegawai Dokumen), Hj Safian (Wakil Pengurusan) & Pn Nurisyal (Ketua Audit Dalam) berjalan lancar.

Antara barisan Pengurusan Kolej & JK Pelaksana ISO KPTM Bangi yang hadir semasa sesi pembentangan Laporan Audit oleh Lead Auditor SIRIM.

Stage 1 Adequacy Audit diakhiri dengan majlis ringkas menandatangani & penyerahan Laporan Audit Pensijilan Peringkat 1 antara Lead Auditor (Pn Hjh Fauziah) & Pengarah KPTM Bangi (Tn Hj Ghozali). Alhamdulillah KPTM Bangi telah disyorkan ke Audit Pensijilan Peringkat 2 !

Syabas & tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha kita ke arah pensijilan MS ISO 9001:2008 ini. Jazakallahu khairan kathiira ...


No comments:

Post a Comment