Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Wednesday, October 13, 2010

GERAI PAMERAN ISO 9001:2008 PADA HARI USAHAWAN KPTM BANGI

Sebagai satu langkah untuk mempromosi ISO 9001:2008 kepada warga KPTM Bangi khususnya, pihak Unit Kualiti akan mengambil bahagian dengan membuka gerai pameran & promosi pada Hari Usahawan KPTM Bangi pada Khamis 14/10/10.

Program ini dijangka bermula pada jam 8.30 pg - 4 ptg. Lokasi event adalah di tapak parkir kereta staf bersebelahan dengan Padang Bola / Gelanggang Tenis.

Gerai promosi ISO akan dikendalikan oleh Pn Rosidah (sebagai Ketua) dan dibantu oleh JK Unit Kualiti yang lain seperti Ustaz Nazir & Ustazah Sanisah.

Sdr Hamidi juga akan mengedarkan Borang Kajian & Soal Selidik "awareness" mengenai ISO kepada semua pengunjung gerai. Selain itu, Button ISO (limited edition) & beberapa hadiah misteri telah disediakan untuk para pengunjung yang bertuah.

Datang lah beramai-ramai untuk memberi sokongan & menjayakan program Hari Usahawan yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar PPN255 & Kelab Usahawan kita ini.

Caiyok !

No comments:

Post a Comment