Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Thursday, November 4, 2010

PENGENDALIAN PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

NO ISU : 1
NO SEMAKAN : 0

Sebarang cadangan pindaan yang hendak dibuat pada dokumen terkawal hendaklah menggunakan Borang Cadangan Pindaan.

Permohonan pindaan ini hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)

Nombor Semakan akan berubah secara 0+n bagi mana-mana muka surat yang dipinda. Tarikh pindaan bagi muka surat berkenaan juga akan berubah mengikut tarikh kelulusan pindaan.

Nombor Isu adalah nombor yang digunakan untuk menentukan status penerbitan atau keluaran bagi keseluruhan dokumen terkawal. Nombor Isu dokumen terkawal akan berubah sekiranya :

a) berlaku pindaan yang melibatkan tambahan atau pengurangan muka surat
b) berlaku perubahan pada versi MS ISO yang sedang digunakan
c) berlaku perubahan dalam fungsi utama organisasi
d) berlaku perubahan bagi sebahagian besar isi kandungan yang hanya diluluskan oleh pihak pengurusan atasan

Nombor Isu akan berubah secara 1+n, sementara Nombor Semakan kembali (reset) menjadi 0.

Pindaan dokumen yang telah diuluskan hendaklah diserahkan kepada Unit Kualiti untuk direkodkan dan disenggarakan.

Pindaan yang diluluskan ke atas dokumen terkawal hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Pindaan.

Halaman lama pada salinan asal dokumen perlu dikeluarkan dan digantikan dengan halaman baru.

Satu salinan asal halaman lama yang terdapat pada pemegang-pemegang dokumen akan dicap BATAL dan disimpan dalam fail berkaitan di Unit Kualiti.


No comments:

Post a Comment