Y.Bhg Dato' Presiden membentangkan 'Laporan Forensik' pelaksanaan ISO kolej2 untuk tujuan makluman dan diambil tindakan susulan oleh semua pihak yang berwajib.
Beliau mahukan pembudayaan & komunikasi dalaman dipermantapkan supaya semua warga kolej peka & tahu tentang perkembangan ISO khususnya di kolej masing2.
Selain daripada platform Papan Kenyataan untuk berkongsi maklumat, komunikasi dalaman juga boleh dibuat melalui blog, forum FB, email & InfoTV. Kolej2 cawangan disaran supaya explore platform ICT dalam berkomunikasi dengan ahli warga kolej masing2.
Sehubungan dengan itu beliau juga mahu WP mestilah dari kalangan TP setiap kolej. Selain itu, Audit Dalam adalah ibarat jantung kepada ISO ..
Peserta bengkel yang dikendalikan oleh BPKJK in terdiri daripada wakil2 tertinggi pengurusan ISO (WP/PD/AD/PK) setiap kolej cawangan kecuali Semporna dan Gua Musang. Mode bengkel kali ini adalah relax n easy .. santai. Para peserta banyak memberi input untuk tujuan 'sharing' dengan rakan2 kolej lain ..
Antara fokus bengkel kali ini ialah untuk membincang serta memperincikan lagi kefahaman tentang fungsi dan tanggungjawab mereka yang terlibat dengan ISO khususnya Wakil Pengurusan (WP), Pegawai Dokumen (PD), Ketua Audit Dalam (KAD) dan Pegawai Kualiti (PK) atau Wakil Kualiti (WK) yang menjadi 'champion' kepada unit/jabatan masing2.
Alhamdulillah, semua peserta memberi komitmen yang sangat tinggi dalam sesi / modul perbincangan yang diadakan .. Banyak juga 'masalah2' yang dihadapi dalam melaksanakan ISO di kolej masing2 sempat diluahkan untuk tujuan perbincangan dan mencari tips & solution yang terbaik untuk menangganinya .. SHARING IS CARING !
No comments:
Post a Comment