Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Monday, July 4, 2011

SURVEILLANCE AUDIT 1 (SA1)

Pihak SIRIM telah mengenalpasti tarikh2 SA1 untuk kesemua kampus KPTM seperti berikut :

1) Kuantan 9-11/11/11
2) Batu Pahat 09-11/11/11
3) Bangi 14-15/11/11
4) Kota Bharu 16-17/11/11
5) Kuala Lumpur 21-22/11/11
6) Ipoh 23-24/11/11
7) Alor Setar 29/11-1/12/11
8) Semporna 19-21/12/11

SA1 akan fokus kepada prosedur & perkara berikut :

a) Kawalan Dokumen & Rekod
b) Audit Dalaman
c) MKSP
d) Aduan Pelanggan
e) Maklumbalas Pelanggan
f) Tindakan Pencegahan
g) Tindakan Pembetulan
h) Pencapaian Objektif Kualiti

Auditor SIRIM juga akan menyemak previous findings (semasa Audit Stage2 & Audit Dalaman) serta buat penilaian ke atas tindakan yang telah kita ambil untuk menutup NCR & OFI tersebut.

Semua pihak khususnya AJK Pelaksana ISO hendaklah memberi komitmen & memainkan peranan yang berterusan dalam pelaksanaan SPK ISO KPTM Bangi .. ;)

No comments:

Post a Comment