Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Wednesday, July 13, 2011

Kawalan Ketidakpatuhan / Ketakakuran

Kawalan KETIDAKPATUHAN adalah berkait rapat dgn Klausa 8.3. Ketidakpatuhan boleh berlaku drp perkara2 spt berikut:
  • Ketidakpatuhan dlm perkhidmatan P&P
  • Perolehan produk/khidmat pembekal/kontraktor yg tidak menepati spesifikasi
  • Kualiti Objektif yg tidak mencapai sasaran 3 kali berturut2
  • Penerimaan aduan pelanggan 3 kali berturut2
  • Sebarang perkara yg tidak mematuhi prosedur
Contoh2 ketidakpatuhan P&P :
  • berlaku masalah disiplin berat yg dkenalpasti oleh pegawai yg dberi kuasa
  • meniru semasa peperiksaan
  • ketidakhadiran ke kuliah/tutorial > 20%
  • pensyarah tidak hadir kuliah tanpa notis
  • pensyarah tidak laksanakan P&P mengikut pelan yg dsediakan
  • dewan kuliah tidak dpt dgunakan
  • peralatan bilik kuliah/makmal tidak dpt dgunakan
  • masalah sama yg berulang > 3 kali yg kritikal & menjejaskan KUALITI P&P
Isu lain yg berkaitan rapat dgn Kawalan Ketidakpatuhan ialah dari segi MEKANISMA atau cara kita 'control / monitor' supaya ketidakpatuhan ini tidak berulang atau berlaku lagi.

Sbg contoh:

a) Utk perolehan menepati spesifikasi - maka dilaksanakan Audit Dalaman dr masa ke masa (sbg pemantauan), spesifikasi diberi dgn jelas kpd pihak pembekal, penilaian pembekal dbuat secara berkala dsbnya.

b) Utk kehadiran pelajar ke kuliah > 80% - maka pensyarah ambil kedatangan 'on daily basis', keluarkan surat peringatan/amaran bila mencapai 7% & 14% ketidakhadiran. Cuba nasihat & 'selamatkan' pelajar sebelum terlewat etc

c) Utk dewan kuliah & peralatan nya dapat dgunakan - maka pihak berwajib kena adakan jadual senggaraan secara berkala, aduan senggaraan di ambil tindakan segera, lapor & bincang dlm MKSP dsb nya ..

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment