Apa kah ISO 9001:2008 ?

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

Skop pensijilan kami adalah PROSES PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) yang merangkumi aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa.

Monday, July 18, 2011

Bengkel Penyemakan & Penambahbaikan Dokumen ISO 9001:2008 KPTM Bangi pada 10-12 Jul 2011 di Glory Beach Resort, PD

Perasmian bengkel dilaksanakan oleh Tuan Pengarah En Abdul Azmi Abdul Aziz. Bengkel dimulakan dengan taklimat oleh Hj Safian Saidi (TPA/WP) dengan memberi fokus kepada hasil MKSP 1/2011 untuk makluman dan tindakan lanjutan peserta bengkel. Beliau juga menyentuh tentang pencapaian 9 Objektif Kualiti setakat ini.

Slot berikutnya diikuti dengan pembentangan oleh Pn Nurisyal (Ketua Audit Dalam) berkaitan status penutupan NCR serta OFI yang dikeluarkan oleh SIRIM pada Audit 2 (Compliance) tahun lepas.

Pn Nurosielawati sedang menjelaskan isu berkaitan TOV. Klausa 8.4 Analisis Data dibincang secara lebih terperinci & diberi penekanan supaya semua PO ambil maklum dan tindakan sewajarnya. Penerangan tentang Sistem Kawalan Dokumen dan Rekod juga telah dibuat oleh Pegawai Dokumen Pn Nur Zuhrah.

En Nordin Ahmad (TPP/WP2) menjelaskan tentang jadual senggaraan dan penilaian prestasi pembekal .. Ini banyak berkait dengan Klausa 6.3 (Prasarana), Klausa 7.4.1 (Perolehan) serta Klausa 7.4.3 (Penentusahan produk yang dibeli).

Klausa 8.5.3 (Tindakan Pencegahan) juga dibentang dan dibincang bersama peserta bengkel supaya lebih memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh klausa tersebut.

Sesi sebelah petang memberi ruang kepada Pn Hjh Radziah membincangkan penambahbaikan ke atas SIE (Student Instructor Evaluation) yang mana bengkel telah berjaya memantapkan lagi soalan2 penilaian itu supaya lebih jelas & relevan dengan objektif yang ingin dicapai.

Ini diikuti dengan slot semakan semula Borang Aduan Pelanggan oleh Pn Hjh Noorliana Alias supaya menjadi lebih efektif serta jelas dan mudah digunakan.

Slot pada hari akhir memberi ruang kepada para peserta untuk mengemaskini dan mencetak dokumen & borang2 yang telah dibuat penambahbaikan sebelum diserahkan kepada pihak urusetia.

View cantik daripada bilik penginapan para peserta .. Tempatnya elok, makanan pun sedap, cuma terdapat banyak lalat di dewan makan .. harap2 pihak pengurusan GBR dapat buat sesuatu .. ;)

Gambar kenangan bersama Pasukan ISO KPTM Bangi 2011 yang terkini ... ;)

No comments:

Post a Comment